Penggunaan bot penambang cukup sinonim bagi masyarakat Kuala Terengganu tidak lama dahulu menghubungkan tebing sungai di kampung Seberang Takir dan Pasar Payang.

Namun pembangunan pesat dengan terbinanya jambatan angkat, pengangkutan ini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat mahupun pelancong sekali gus menjejaskan pendapatan pengusaha.

Mereka mahu meneruskan tradisi ini, namun dengan keadaan yang menghimpit ketika ini, pastinya sukar.

Wartawan Hafizi Rosli, mendekati pengusaha-pengusaha ini.